This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Penafian Undang-undang

SILA BACA DAN SEMAK TERMA DAN SYARAT BERIKUT DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI.

Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, sila keluar dari laman web ini dan abaikan maklumat yang terkandung dalam laman web ini.

Maklumat Umum

Laman web ini mengandungi maklumat tentang Ferring International Center S.A. (“Ferring“) dan Syarikat Gabungannya, (selepas ini “Kumpulan Ferring“) yang boleh menarik minat pekerja dan pelanggan Ferring, serta ahli-ahli komuniti penjagaan kesihatan dan orang awam. “Syarikat Gabungan” bermaksud mana-mana entiti yang mengawal, dikawal oleh atau di bawah kawalan bersama oleh atau di bawah kawalan bersama dengan Ferring. Akses dan penggunaan maklumat yang terkandung di sini oleh anda tertakluk kepada terma dan syarat berikut dan semua undang-undang yang terpakai. Dengan mengakses dan melayari laman web ini, anda menerima, tanpa had atau kelayakan, terma dan syarat ini dan mengakui bahawa terma dan syarat ini menggantikan mana-mana perjanjian lain antara anda dan Ferring.

Ferring mengekalkan laman web ini untuk kegunaan peribadi anda. Laman web ini dan kandungannya bertujuan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan Switzerland dan Malaysia. Walaupun anda boleh mengakses laman web ini dari luar Switzerland, laman web ini ditadbir dan diuruskan di Switzerland.

Maklumat/Syarat Perubatan

Sila ambil perhatian bahawa maklumat produk yang diterangkan dalam laman web ini hanya bertujuan sebagai ringkasan untuk kemudahan anda berhubung dengan aktiviti-aktiviti Kumpulan Ferring dan tidak membentuk sebarang nasihat. Bukan semua produk atau petunjuk dilesenkan di setiap negara dan mungkin tertakluk kepada variasi tempatan. Untuk maklumat produk tertentu anda harus selalu merujuk kepada ringkasan ciri-ciri produk tempatan.

Walaupun mungkin terdapat maklumat dalam laman web ini yang berkaitan dengan keadaan kesihatan yang tertentu dan rawatannya, jika keadaan kesihatan wujud, anda patut berjumpa dengan doktor atau penyedia penjagaan kesihatan anda dengan segera. Ferring tidak menawarkan diagnosis perubatan peribadi atau nasihat rawatan spesifik untuk pesakit. Hanya doktor anda atau pakar penjagaan kesihatan profesional yang lain boleh menentukan jika sesuatu produk yang diterangkan dalam laman web ini sesuai untuk anda.

Sila merujuk dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan berkelayakan anda sebelum menggunakan apa-apa produk yang diterangkan dalam laman web ini.

Hak Cipta Dan Sekatan Penggunaan Kandungan (Penggunaan Bukan Komersial)

Hak cipta laman web ini adalah terpelihara. Sebarang bahan teks atau grafik yang anda salin, cetak atau muat turun dari laman web ini dilesenkan kepada anda oleh Ferring dan/atau subsidiarinya hanya untuk penggunaan peribadi secara bukan komersial dan domestik sahaja, dengan syarat anda tidak mengubah atau memadam sebarang hak cipta, cap dagangan atau lain-lain notis ketuanpunyaan.

Had Liabiliti

Ferring akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memasukkan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini dalam laman web ini, tetapi Ferring tidak memberi sebarang waranti atau representasi tentang ketepatannya, kesempurnaannya atau kekerapan maklumat ini dikemaskini. Semua pengguna bersetuju bahawa akses kepada laman web ini adalah atas risiko diri sendiri dan Ferring atau mana-mana pihak yang terlibat dalam mewujudkan atau menyampaikan laman web ini tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kerugian dalam apa jua bentuk, termasuk tanpa had, sebarang kerugian khas, langsung, tidak langsung, sampingan, berbangkit atau punitif (walaupun Ferring mungkin telah dinasihati tentang kemungkinan berlakunya kerugian sedemikian) yang timbul daripada akses kepada atau penggunaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini atau sebarang kesilapan, ketinggalan, silap cetak, maklumat lapuk, ketidaktepatan teknikal atau harga, kesilapan tipografik atau kesilapan lain-lain yang terdapat dalam laman web ini. Had ini termasuk kerugian kepada atau disebabkan oleh sebarang virus komputer yang mungkin menjangkiti peralatan komputer anda.

Penafian

Maklumat dan kandungan berkaitan dalam laman web ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Laman web ini dan semua maklumat dan kandungan berkaitan yang terkandung dalam laman web ini, disediakan “seadanya”. Ferring tidak memberi sebarang representasi atau waranti apa jua pun mengenai kesempurnaan, ketepatan, kecukupan, kesesuaian, kefungsian, ketersediaan atau operasi laman web ini atau maklumat atau kandungan yang terkandung dalam laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda menanggung risiko bahawa maklumat dan kandungan dalam laman web ini mungkin tidak lengkap, tidak tepat, lapuk atau mungkin tidak memenuhi kehendakan atau keperluan anda. Ferring secara spesifik menafikan semua waranti, nyata atau tersirat, termasuk tanpa had, waranti atau kebolehniagaan, kesesuaian untuk tujuan dan ketidakelanggaran berkaitan dengan laman web ini dan maklumat, grafik dan kandungan yang terkandung dalam laman web ini.

Pautan ke Laman-laman Web Lain

Laman web ini mungkin mengandungi pautan kepada atau boleh diakses dari pautan di laman-laman web lain. Ferring tidak bertanggungjawab atau mempunyai kawalan atas kandungan, ketersediaan, operasi atau prestasi laman-laman web lain yang mungkin dipautkan ke laman web ini atau dari mana laman web ini boleh diakses. Ferring tidak memberi sebarang representasi mengenai kandungan sebarang laman web yang lain yang anda boleh akses daripada laman web ini.

Mengenai Privasi Anda

Akses kepada laman web ini mungkin dipantau oleh Ferring. Jika dipantau, permintaan untuk URL, mesin yang membuat permintaan tersebut dan masa permintaan, akan dilog untuk statistik akses dan tujuan keselamatan. Penggunaan dan akses anda kepada laman web ini menandakan kebenaran anda kepada pemantauan umum yang sedemikian. Sila lihat Polisi Privasi Ferring untuk butiran tentang cara maklumat daripada laman web ini boleh dikumpul dan digunakan.

Cap dagangan

Semua nama dagang dan logo produk Ferring yang terdapat dalam laman web ini, seperti yang ditentukan dengan sama ada simbol cap dagangan atau bentuk tulisan yang berbeza daripada teks di sekitar, adalah cap dagangan Ferring B.V. kecuali dinyatakan sebaliknya. Semua nama produk atau nama dagang pihak ketiga yang terdapat dalam laman web ini adalah harta pemilik masing-masing dan Ferring tidak membuat sebarang tuntutan pemilikan atasnya.

Tiada Lesen

Kecuali yang dinyatakan di bawah seksyen Hak Cipta dan Sekatan Penggunaan Kandungan di atas, tiada apa dalam laman web ini boleh dianggap sebagai memberikan secara tersirat, estopel atau lain-lain, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan dalam sebarang bentuk atau cara mana-mana paten, hak cipta atau cap dagangan Ferring. Sila ambil maklum bahawa Ferring melindungi hak harta intelektualnya dengan sepenuhnya menurut undang-undang.

Penyerahan (Maklumat kepada Ferring)

Penyerahan sebarang maklumat yang tidak disolisit, seperti soalan, komen atau cadangan kepada Ferring, sama ada melalui laman web ini atau melalui apa-apa bentuk komunikasi yang lain, tidak dianggap sulit. Ferring tidak mempunyai sebarang obligasi terhadap anda untuk apa-apa pun berkaitan dengan maklumat yang sedemikian. Dengan menyerahkan apa-apa maklumat kepada Ferring, anda memahami bahawa Ferring bebas untuk menyalin, menggunakan, mendedahkan, memaparkan, mempamerkan, menghantar, mempersembahkan, mewujudkan kerja-kerja terbitan dan mengedarkan maklumat ini kepada pihak lain tanpa had dan membenarkan pihak-pihak lain untuk melakukan perkara yang sama menurut undang-undang Malaysia dan Notis Privasi Ferring, jika berkaitan. Selain itu, Ferring bebas untuk menggunakan apa-apa idea, konsep, pengetahuan atau teknik yang terkandung dalam maklumat sedemikian bagi sebarang tujuan apa juapun, termasuk tetapi tidak terhad kepada, memajukan, mengilang dan memasarkan produk atau item-item lain yang menggunakan idea, konsep, pengetahuan atau teknik yang sedemikian menurut undang-undang Malaysia.

Lain-lain

Terma penggunaan laman web ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Switzerland. Jika sebarang peruntukan di sini didapati menyalahi undang-undang, terbatal atau atas sebarang sebab tidak boleh dijalankan, maka peruntukan tersebut akan diputuskan atau dihadkan kepada setakat minimum yang perlu dan pemutusan atau pengehadan yang sedemikian tidak akan menjejaskan kesahihan dan kebolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan yang lain. Terma penggunaan laman web ini merupakan keseluruhan perjanjian antara Ferring dan anda berkaitan dengan perkara yang terkandung di dalam dan anda bersetuju untuk menanggung rugi Ferring daripada sebarang tuntutan atau kerugian akibat kegagalan anda untuk mematuhi terma dan syarat ini.

Laman web Ferring mungkin tidak boleh diakses dari masa ke masa kerana kegagalan, pengemaskinian atau pembinaan mekanikal, telekomunikasi, perisian, perkakasan dan vendor pihak ketiga. Ferring tidak boleh menjangka atau mengawal bila masa henti akan berlaku dan tidak boleh mengawal tempoh atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian akibat masa henti sedemikian.

Ferring berhak untuk mengubah atau memadam kandungan daripada laman web ini pada bila-bila masa.

Ferring boleh, pada bila-bila masa, menyemak Terma Penggunaan Laman Web ini dengan mengemaskini pos ini. Anda terikat kepada sebarang penyemakan yang sedemikian dan hendaklah, secara berkala meneliti terma-terma ini untuk meneliti Terma Penggunaan semasa.

Borang maklum balas