This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

IBD dan Kerja

Jika anda menghidap kolitis berulser dan penyakit Crohn, anda mungkin risau tentang kesan IBD ke atas pekerjaan dan kerjaya anda. Jika anda baru didiagnosis, anda mungkin risau tentang bagaimana untuk menanganinya jika anda mengalami kemarakan simptom. Jika anda telah lama didiagnosis, anda mungkin perlukan nasihat tentang bagaimana untuk mengubahsuai amalan kerja anda untuk menghadapi IBD anda dengan lebih baik.

Anda mungkin menghadapi:

  • Kebimbangan tentang apa yang perlu diberitahu kepada majikan/ pengurus anda
  • Kebimbangan tentang kerap perlukan tandas dan/atau tanpa dijangka semasa di tempat kerja
  • Kebimbangan semasa mengambil cuti sakit semasa kemarakan
  • Berasa yang rakan sekerja tidak memahami keadaan anda atau menyokong anda

Bahagian ini mengandungi cadangan-cadangan tentang bagaimana anda boleh memanfaatkan situasi kerja anda sepenuhnya. Anda juga mungkin ingin dapatkan nasihat tentang undang-undang di negara anda, untuk memahami hak-hak anda di tempat kerja.

Cubalah Perancang Kerja IBD kami untuk mendapat cadangan peribadi untuk anda dan majikan anda termasuk:

  • Maklumat tentang IBD dan kehidupan bekerja
  • Cadangan peribadi untuk pekerja dan pengurus bagi membuat tempat kerja lebih ‘mesra IBD’
  • Dokumen panduan untuk majikan

Apakah yang patut saya beritahu majikan saya sekarang?

Sama ada anda baru diambil bekerja atau telahpun bekerja semasa anda didiagnosis dengan IBD, anda perlu pertimbangkan sama ada anda mahu memberitahu majikan/pengurus anda tentang IBD anda.

Memberitahu majikan/pengurus anda mungkin memalukan atau menakutkan, namun memberitahu majikan tentang IBD anda boleh membantu:

  • Membenarkan anda bersikap jujur apabila anda berasa tidak sihat dan mengurangkan tekanan terpaksa menyembunyikan simptom anda
  • Dapat membuat penyesuaian yang munasabah di tempat kerja bagi membantu anda jadi lebih selesa dan dapat bekerja dengan lebih cekap

Anda disyorkan membawa bersama seseorang (seperti rakan sekerja, wakil sumber manusia, kesihatan pekerjaan atau kesatuan sekerja (jika anda seorang ahli)) apabila berjumpa dengan pengurus/majikan untuk membincangkan IBD anda. Orang ini dapat membantu menyokong anda dan jika dia terlibat secara formal dalam pekerjaan anda (contohnya kesihatan pekerjaan), boleh membantu anda dan majikan/ pengurus memberi sokongan kepada anda di tempat kerja.

Secara umumnya, kebanyakan majikan akan bersimpati dengan keadaan anda. Kefahaman yang meningkat tentang keadaan anda dapat membantu anda dan majikan/pengurus anda bekerja bersama-sama. Ingat, walaupun anda memberitahu majikan/ pengurus anda – ia tidak bermakna semua orang di tempat kerja perlu tahu.

Anda boleh rujuk majikan anda ke halaman Menggaji penghidap IBD kami.

Memberitahu rakan sekerja anda boleh menjadi sangat mencabar tetapi ia boleh:

  • Membantu mereka memahami kenapa anda perlu mengambil cuti atau perlukan sokongan
  • Membantu mewujudkan hubungan kerja yang lebih baik
  • Membantu mereka memberi anda sokongan dan bantuan, membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik
  • Bermakna anda tidak perlu bersembunyi untuk mengambil ubat atau apabila anda berasa tidak sihat
  • Bermakna mereka tidak akan bersangka buruk atau menyangka anda mendapat layanan istimewa
  • Menghilangkan kebimbangan bahawa keadaan anda boleh berjangkit

Adakah saya perlu memberitahu bakal majikan tentang IBD saya?

Apabila anda memohon pekerjaan baru, anda mungkin bimbang jika mendedahkan penyakit radang usus anda semasa sesi temuduga memberi keburukan kepada anda. Di banyak negara, adalah salah di sisi undang-undang untuk majikan bertanya soalan peribadi tentang kesihatan anda – termasuk ketidakhadiran kerana sakit – sebelum membuat tawaran kerja. Pada masa yang sama, menyembunyikan maklumat kesihatan anda di peringkat ini boleh memburukkan lagi keadaan dan jika majikan anda mendapat tahu kemudian, ia boleh menjejaskan diri anda. Ada baiknya jika anda mengetahui tentang undang-undang di negara anda sebelum temuduga.

Anda boleh rujuk majikan anda ke halaman Menggaji penghidap IBD kami yang menyediakan sokongan untuk menggaji penghidap IBD.

Apakah hak-hak pekerjaan saya?

Walau di negara manapun anda tinggal, biasanya terdapat hak undang-undang untuk memastikan anda tidak didiskriminasikan berdasarkan keadaan kesihatan anda.

Secara umumnya, isu utama ialah sama ada anda boleh menjalankan kerja dengan baik, namun majikan anda juga perlu melihat kepada alternatif lain seperti menawarkan tugasan lain atau pekerjaan lain. Ada baiknya jika anda dapatkan nasihat mengenai undang-undang di negara anda untuk memahami hak anda dalam persekitaran kerja.

Apakah pelarasan yang boleh dibuat untuk membantu saya di tempat kerja?

Pelarasan yang berguna boleh termasuk:

  • Membenarkan anda bekerja dari rumah jika perlu
  • Waktu kerja fleksibel seperti masa kerja lebih pendek atau waktu kerja berlainan (terutamanya semasa atau selepas kemarakan)
  • Waktu ke tandas tanpa had
  • Memindahkan meja kerja hampir dengan tandas
  • Membenarkan masa untuk janji temu atau rawatan perubatan

Perjalanan ke tempat kerja sangat sukar

Anda akan dapati yang perjalanan ke tempat kerja boleh menjadi sangat tertekan dan sukar. Jika anda menaiki pengangkutan awam, sukar untuk mencari tandas semasa dalam perjalanan bila anda perlukan. Perjalanan itu juga sangat memenatkan dan penuh tekanan.

Amat berguna jika anda dapat:

  • Mengubah waktu kerja anda supaya tidak menghadapi trafik waktu sibuk dan perjalanan akan jadi kurang tertekan.
  • Minta untuk bekerja dari rumah pada hari-hari tertentu terutamanya apabila anda rasa sangat penat atau semasa simptom teruk
  • Ketahui jika terdapat tandas dalam laluan anda ke tempat kerja. Sesetengah negara menyediakan laman web yang memberi info tentang kedudukan tandas awam
  • Ketahui jika anda boleh mendapatkan kunci atau akses ke tandas awam berkunci atau untuk OKU dalam laluan ke tempat kerja

Saya dibuli di tempat kerja

Anda mungkin akan menghadapi kesukaran jika rakan sekerja tidak memahami keadaan anda. Kadang-kadang ini boleh menyebabkan anda dibuli apabila berehat kerana sakit atau penat atau ‘tidak bekerja bersungguh-sungguh’.

Anda disyorkan untuk mencatat setiap insiden ini apabila ia berlaku dan catitkan jika ada orang lain di dalam bilik. Beritahu pengurus barisan atau majikan anda secara tidak formal tentang kebimbangan anda mengenai cara anda dilayan. Anda mungkin dapat menyelesaikan banyak perkara dengan cara ini.

Jika anda tidak rasa yang situasi tersebut telah diselesaikan, anda mungkin perlu bercakap dengan pihak sumber manusia atau orang yang relevan di tempat kerja anda.

Saya rasa tidak senang hati waktu saya bercuti sakit

Berasa bersalah kerana anda terpaksa mengambil cuti akibat sakit boleh memberi tekanan kepada kesihatan anda.

Jika anda menghidap IBD, pastinya anda terpaksa bercuti sakit pada waktu-waktu tertentu. Anda boleh membantu menghilangkan tekanan antara diri anda dan majikan dengan:

  • Menyediakan satu prosedur yang dipersetujui (lebih awal jika boleh) tentang bagaimana majikan akan menghubungi anda apabila anda tidak hadir bekerja. Anda mungkin ingin dihubungi melalui emel atau telefon. Menetapkan siapa yang akan menghubungi anda dan pada sela waktu apa (setiap hari, sekali seminggu) boleh membantu kedua-dua pihak memahami cara untuk bekerjasama
  • Menghubungi majikan boleh membantu –cuba anggarkan berapa lama anda perlu bercuti – supaya majikan boleh membuat persediaan yang perlu

Penting untuk anda tidak rasa tertekan untuk kembali bekerja terlalu awal sebelum anda sihat

Saya risau tentang kembali bekerja setelah bercuti terlalu lama

Jika anda telah bercuti untuk beberapa minggu atau bulan kerana IBD, kembali bekerja selepas bercuti lama boleh memberi tekanan. Beritahu majikan anda dan mana-mana rakan sekerja sebaik anda fikir anda telah sedia untuk kembali bekerja. Ketahui apa yang diharapkan daripada anda pada hari pertama atau hari-hari seterusnya supaya anda boleh bersedia.

Anda juga boleh cuba kembali bekerja secara berfasa – bermula dengan beberapa jam dan kemudian bertambah dari semasa ke semasa.

Saya tidak dapat menghadapi pekerjaan saya dan IBD

Jika anda telah bercakap dengan majikan anda dan penyesuaian telah dibuat di tempat kerja, anda mungkin fikir sudah tiba masanya untuk mencuba kerjaya baru yang lebih sesuai dengan keperluan kesihatan anda.

  • Kurangkan waktu bekerja – bekerja separuh masa atau berkongsi kerja boleh menghilangkan tekanan kerja sepenuh masa
  • Lokasi berbeza – jika perjalanan adalah satu isu – cuba cari kerja yang sama tetapi hampir dengan rumah
  • Bekerja sendiri – membina perniagaan anda – walaupun ini ialah prospek yang sukar dan kadang-kadang tidak stabil, ia membenarkan anda menjadi bos anda sendiri dan boleh mengawal waktu bekerja. Anda juga boleh bekerja dari rumah
  • Cuba jalani latihan semula – mencari kerjaya baru dengan melakukan sesuatu yang anda boleh lakukan separuh masa, dari rumah atau dengan waktu kerja lebih pendek juga boleh membantu mewujudkan kehidupan bekerja yang lebih sesuai dengan keperluan kesihatan anda.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 1.25 (4 votes)
Loading...

Borang maklum balas