This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Komplikasi

Komplikasi-komplikasi IBD boleh berlaku terutamanya apabila penyakit itu aktif dan boleh mengakibatkan masalah di dalam (setempat) serta di luar sistem penghadaman (sistemik).

Dalam usus (setempat)

Tebukan (lubang dalam usus)

Dalam kes keradangan serius, dinding usus boleh menjadi sangat nipis sehingga ia pecah. Jika ini berlaku, kandungan usus boleh bocor ke dalam kawasan di sekeliling dan membawa kepada jangkitan yang dipanggil peritonitis. Ini berpotensi untuk mengancam nyawa dan memerlukan penjagaan pakar perubatan.

Sekatan-sekatan (penyakit Crohn sahaja)

Ini ialah komplikasi paling biasa bagi penyakit Crohn. Jika keradangan berpanjangan, anda mungkin akan mendapat parut di situ. Ini boleh menyempitkan usus, membawa kepada apa yang dikenali sebagai sekatan. Sekatan boleh mengakibatkan kandungan usus melekat seperti palam (ileus)

Bengkak bernanah (penyakit Crohn sahaja)

Bengkak bernanah (bisul) ialah tompokan bernanah yang tumbuh akibat jangkitan bakteria. Bengkak bernanah ini berwarna merah, lembut dan hangat dan biasanya didapati berdekatan dubur (bukaan rektum)  dan juga dalam usus. Ini dirawat dengan membuang bisul ini secara pembedahan.

Fistula (penyakit Crohn sahaja)

Boleh menjejaskan lebih kurang 30% daripada penghidap penyakit Crohn. Kudis dalam atau ulser dalam usus boleh bertukar menjadi jaluran dipanggil fistula. Ini mungkin menerowong ke dalam sama ada lain-lain bahagian usus (paling biasa berdekatan dubur) atau yang kurang biasa, pada tisu-tisu di sekeliling pundi kencing, vagina atau kulit. Ini boleh terkena jangkitan menyebabkan ketidakselesaan.

Fisur (koyakan)

Rekahan atau koyakan kecil yang menyakitkan pada kulit di sekeliling dubur. Ia boleh menyebabkan pendarahan dan amat menyakitkan semasa membuang air besar. Boleh mengakibatkan pembentukan fistula. Ini paling biasa berlaku dalam penyakit Crohn dan boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan rektum dari sederhana hingga parah terutamanya semasa membuang air besar.

Kolitis fulminan

Keadaan yang jarang berlaku di mana kolon mengembang dan bengkak dan satu keadaan dipanggil ileus boleh berlaku. Kontraksi normal dinding usus berhenti untuk sementara dan bahagian perut boleh menjadi kembang atau bengkak. Apabila keadaan semakin parah, kolon hilang tonus otot dan mula mengembang dan gas terperangkap di dalam.

Megakolon toksik

Ini ialah komplikasi IBD paling parah (dan berpotensi mengancam nyawa). Kolon hilang keupayaan untuk mengecut dengan betul dan menggerakkan gas. Bahagian perut boleh menjadi bengkak atau kembung. Pesakit akan mengalami demam panas dan sakit dan rasa lembut pada perut/abdomen. Rawatan perubatan segera adalah penting.

Pertumbuhan melampau bakteria usus kecil (SIBO)

Bakteria dalam jumlah berlebihan boleh terhasil dalam usus kecil membawa kepada gas, sakit perut, kembung dan cirit-birit.

Lain-lain bahagian tubuh (sistemik)

Anemia (kekurangan zat besi)

Kehilangan darah melalui najis boleh mengakibatkan anemia. Keradangan juga boleh merencat keupayaan sel sumsum tulang utuk menghasilkan sel darah merah, juga boleh menyebabkan anemia. Ini boleh membawa kepada kelesuan dan rasa lemah secara umumnya.

Arthritis

Radang sendi dengan bengkak, kemerahan dan rasa lembut pada satu atau lebih sendi, biasanya pada sendi-sendi besar. Ini kelihatan bila penyakit sedang aktif.

Arthralgia

Sakit sendi tanpa bengkak, biasanya dalam sendi-sendi kecil pada tangan dan kaki. Ini biasa dilihat pada penghidap IBD. Artralgia boleh berlaku pada mana-mana peringkat IBD.

Kanser

Terdapat sedikit peningkatan risiko mendapat kanser usus terutama bagi pesakit kolitis berulser. Setengah kajian perubatan mencadangkan bahawa 5-asid aminosalisilik (5-ASA) mungkin mempunyai kesan perlindungan tetapi ini masih belum disahkan.

Ruam kulit

Eritema nodosum ialah sejenis ruam kulit yang merupakan bintil-bintil besar (0.5 hingga 2 sm) lembut berwarna biru kemerahan. Ini biasanya terdapat terutamanya pada tulang kering dan lengan.

Uveitis (radang iris)

Uveitis ialah radang otot mata sebelah dalam. Simptomnya termasuk sakit dalam mata (terutamanya ketika cahaya terang), penglihatan kabur, sakit kepala dan kemerahan pada bahagian putih mata. Hendaklah dirawat dengan segera.

Kesan-kesan pada hati

Amat jarang. Keradangan boleh menyebabkan duktus hempedu dalam hati menyempit. Menyebabkan kulit gatal dan kepenatan. Biasanya dikesan melalui ujian-ujian darah.

Malserapan dan malnutrisi (biasanya penyakit Crohn)

Penyakit Crohn biasanya menjejaskan usus kecil iaitu bahagian usus yang menyerap kebanyakan nutrien. Malserapan dan malnutrisi (protein, vitamin dan lemak) boleh terjadi dalam kes-kes yang serius.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 1.00 (3 votes)
Loading...

Borang maklum balas