This is an international website intended for audiences outside the United States.
Ini ialah sebuah laman web antarabangsa khas untuk pelawat-pelawat dari luar Amerika Syarikat. Pilih negara anda BM EN

Tip-tip umum

Selain daripada mengambil ubat untuk kolitis berulser atau penyakit Crohn (penyakit radang usus (IBD) anda), anda juga perlu memberi perhatian kepada apa yang anda makan, kecergasan anda serta lain-lain ubat yang anda ambil (walaupun ubat tersebut seperti tiada kaitan dengan IBD anda).

Di sini disediakan beberapa tip umum untuk menguruskan IBD anda:

  • Ikuti pelan rawatan yang disediakan oleh doktor anda: Ambil ubat yang dipreskripsikan untuk anda oleh doktor. Jangan berhenti hanya kerana anda berasa sihat – berbincang dengan doktor anda jika dan bila anda boleh hentikan pengubatan anda
  • Jika mengesyaki berlaku kemarakan: mulakan rawatan atau berjumpa doktor sebaik simptom muncul. Sentiasa simpan sedikit stok ubat supaya anda boleh mulakan rawatan dengan segera
  • Jangkitan dalam perut boleh mencetuskan relaps kepada penghidap kolitis berulser – jaga kebersihan apabila menyediakan makanan dan elakkan situasi di mana anda boleh terdedah kepada jangkitan dalam perut
  • Elakkan makanan atau situasi yang anda tahu daripada pengalaman, boleh mencetuskan relaps dan patuhi pemakanan yang anda telah persetujui dengan pakar anda
  • Seboleh mungkin, jangan ambil ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti indometasin, ibuprofen dan naproksen. Bagi sesetengah orang, ubat-ubat ini boleh mencetuskan kemarakan penyakit usus mereka. Jika anda perlukan ubat penahan sakit, anda boleh mengambil parasetamol
  • Berhenti merokok, terutamanya jika anda menghidap penyakit Crohn – risiko berlaku relaps dan pembedahan adalah dua kali lebih tinggi bagi perokok berbanding bukan perokok
  • Berhati-hati apabila menggunakan remedi anti cirit-birit. Ubat anti cirit-birit biasa seperti loperamida atau kodeina mungkin adalah rawatan yang bagus bagi sesetengah pesakit IBD tetapi sebenarnya boleh berbahaya kepada yang lain. Sentiasa semak dengan doktor anda sebelum mengambil ubat seperti ini
  • Buasir – walaupun buasir boleh dirawat dengan mudah di Klinik Pesakit Luar bagi bukan penghidap IBD, pesakit IBD pula tidak boleh sekali-kali menjalani walaupun pembedahan kecil dalam rektum tanpa penilaian teliti oleh doktor pakar mereka terlebih dahulu.

NILAIKAN ISI KANDUNGAN INI

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars Average: 1.00 (4 votes)
Loading...

Borang maklum balas